Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - MURNI bantu cegah kanser payu dara di luar bandar

MURNI bantu cegah kanser payu dara di luar bandar

Posted on July 27, 2011, Wednesday

SEDIA BERKHIDMAT: Jururawat, Manjit Kaur (kiri) dan P.Thilagavathi (kanan) bergambar bersama pemandu bas MURNI, Mastura Baharuddin yang akan digunakan bagi membantu wanita di kawasan luar bandar di Menara Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

Unit bergerak bersama jururawat, bekas penghidap kanser payu dara hulur bantuan di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Ma-syarakat luar bandar kini boleh menjalani pemeriksaan dan pengesanan awal kanser payu dara melalui program Unit Bergerak Membawa Maklumat ke Seluruh Negara (MURNI) bagi mencegah kanser tersebut di peringkat awal.

Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman berkata, program MURNI akan memberi faedah kepada kaum wanita di Malaysia agar mereka tidak melupakan tanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri sendiri walaupun sibuk dengan tugas harian.

“Kaum wanita harus meng-ambil langkah proaktif bagi mengesan penyakit ini se-awal mungkin kerana rawatan perubatan akan lebih berkesan apabila dilakukan pada peringkat awal,” kata-nya pada majlis pelancaran program MURNI Untuk Wanita Luar Bandar di sini semalam.

Beliau berkata, semakin ramai wanita di dunia yang menghidapi penyakit ini telah sembuh melalui pengesanan awal dan program yang diadakan oleh MURNI dapat membantu ke arah usaha tersebut.

Program anjuran Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) itu memberi peluang kepada wanita yang tinggal di luar bandar serta tidak berupaya membuat temu janji susulan disebabkan kekangan masa, mendapatkan rawatan secara berterusan dan pemeriksaan secara kerap.

MURNI beroperasi dengan membawa unit bergerak dilengkapi alat pengesanan awal bernilai RM250,000 dan sokongan yang dikendalikan oleh jururawat-jururawat dan bekas penghidap kanser payu dara terlatih bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat di seluruh negara.

Dalam program perintis ini, Universiti Malaya (UM) akan bekerjasama dalam menjalankan bancian sebelum dan selepas memasuki kawasan luar bandar di beberapa buah kampung.

Pihak BCWA akan membantu kerajaan mengelakkan kematian awal dalam kalangan wanita akibat kanser payu dara melalui program ini.

Destinasi pertama bakal dilaksanakan program itu adalah di daerah Gombak, Selangor pada bulan depan. — Bernama

Print Friendly

Comments are closed.