Wacana tokoh di IPG Batu Lintang hari ini

0

KUCHING: Kira-kira 300 orang terdiri daripada lepa-san ijazah, mahasiswa dan pensyarah akan menghadiri program dikenali ‘Wacana Tokoh: Hubungan Etnik di Malaysia’ bertempat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang hari ini.

Wacana itu dianjur bersama antara IPG Batu Lintang dengan Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM ) merupakan forum yang akan membincangkan ‘Hubungan Erat Etnik di Malaysia’.

Kenyataan akhbar AZAM berkata, perbincangan itu akan diketuai oleh Anugerah Tokoh 1Malaysia, Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor yang juga merupakan bekas Setiauhasa Kerajaan Negeri dan ahli politik vete-ran Bidayuh Dato Sri Dominic Andrew Dago.

Objektif utama penganjuran forum itu, ialah me-ningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan muda terhadap dua aspek penting pertama peranan kerajaan dan rakyat mengukuhkan lagi hubungan etnik di Malaysia.

Kedua, menyedari kepen-tingan peranan budaya, sosial dan kumpulan etnik dalam pembinaan sebuah negara merdeka.

Selain itu AZAM memper-kenalkan program sama, dikenali ‘Bicara Tokoh’ di Kuching tahun lalu dengan tema ‘Menyingkap Sejarah Perjuangan Ke Arah Pembangunan Belia Di Sarawak’.

Program sama diadakan di Miri pada 14 Julai lalu dan objektif utamanya ialah menyediakan landasan untuk generasi muda mempelajari tentang sumbangan signifikan generasi terdahulu kepada pembangunan negara dan keharmonian sosial menerusi interaksi dengan pemimpin-pemimpin terdahulu seperti ‘Anugerah Tokoh 1Malaysia’.