Kecewa suami ada hubungan lain, isteri cuba bunuh diri

0

Mangsa tertekan sikap suami bawa kekasih pulang rumah

KUCHING: Kecewa kerana suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, seorang wanita cuba membunuh diri dengan mencederakan dirinya.

Wanita itu beranak empat itu dikatakan mengambil tindakan tersebut selepas bergaduh dengan suaminya lewat malam Sabtu lepas dan dipercayai mereka bergaduh mengenai hubungan sulit suaminya itu.

Mangsa, 34, berasa cukup tertekan dan sedih kerana suaminya membawa kekasihnya pulang ke rumah mereka di Batu 17, Jalan Kuching-Serian.

Menurut saudara mangsa, si suami yang bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS) mula menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya semenjak tiga tahun lalu dan mereka dikatakan sudahpun mempunyai seorang anak hasil hubungan sulit itu.

Sementara itu mangsa dihantar ke HUS untuk mendapat rawatan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.