9 warga Indonesia terbunuh

0

REMUK: Kenderaan yang dinaiki oleh sepuluh warga Indonesia remuk dalam kejadian itu manakala gambar bawah lori yang terbabas ke pinggir jalan selepas hilang kawalan.

Percutian di Sarawak berakhir dengan tragedi ngeri dalam kemalangan dinihari

SRI AMAN: Seramai sembilan orang warga Indonesia terbunuh manakala seorang cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan kenderaan SUV dengan sebuah lori mengangkut buah-buahan di Jelukong, Engkilili dekat sini, jam 3.30 pagi, semalam.

Kesemua sembilan penum-pang yang terkorban di tempat kejadian itu dikenali sebagai Juhran, 26, Asmadi, 51, Yusran Said, 29, Maulidi Jabiah, 25, Ilham Tamrin, 27, Ilham Muzani, 26, Jafri Annuar, 26, Muslimin Jabiah, 25 dan Junaidi Tamrin, 38 tahun.

Manakala pemandunya yang juga warga Indonesia dan mengalami cedera parah, dikenali sebagai Pamdin Tam, 40 tahun, telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk rawatan lanjut.

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Sri Aman.

Pihak polis dilaporkan sedang berhubung dengan Konsulat Kedutaan Indonesia bagi tujuan pengurusan kesemua mayat mangsa ke kampung halaman mereka.

Konsul Indonesia Joko Suprapto ketika dihubungi memberitahu semasa kemalangan tersebut berlaku kesemua mereka dipercayai sedang bercuti di Sarawak, dalam perjalanan pulang ke Sambas, Kalimantan Barat dari Bintulu.

Kesemua mangsa juga memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kejadian dipercayai bermula apabila kesemua mangsa yang menumpang kenderaan SUV jenis Toyota Rush itu sedang da-lam perjalanan pulang dari Bintulu menuju ke arah Kuching.

Sementara itu pemandu lori berkenaan hanya mengalami ce-dera ringan manakala rakan- nya pula patah kaki dalam kejadian tersebut.

Menurut sumber terdekat, sebaik sahaja melepasi kawa- san Jelukong dekat Engkilili, kenderaan SUV yang dinaiki oleh 10 mangsa itu dipercayai hilang kawalan dan terus me-rempuh lori pengangkut buah dan sayur yang sedang dalam perjalanan dari Kuching ke Saratok.

“Rempuhan kuat ini menye-babkan lori pengangkut buah dan sayur yang dinaiki rakyat tempatan itu terbabas tidak jauh dari kawasan kemalangan tersebut,” demikian menurut sumber.

Faktor kabus tebal semasa kejadian berlaku dipercayai menjadi punca kemalangan itu berlaku.