Fasa pertama projek jelapang padi bermula 2012Oleh Agnes Tugong

0

KUCHING: Fasa pertama pelaksanaan projek jelapang padi di Lingga, Banting de-ngan kos RM76 juta akan dimulakan pada 2012.

Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang berkata kerja-kerja di peringkat fasa pertama itu melibatkan pembinaan infrastruktur termasuk jalan dari Lingga ke Banting serta sistem pengairan.

Menurutnya, tender akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini bagi memboleh-kan kerja-kerja fasa pertama siap dalam tempoh 18 bulan mengikut jadual.

“Perkara ini telah pun di-bincangkan dalam satu me-syuarat di Sri Aman baru-baru ini, di mana ia turut dihadiri oleh konsultan yang terlibat, wakil pertanian daripada persekutuan termasuk Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim.

“Susulan perbincangan itu, taklimat akan diadakan dalam masa dua atau tiga hari ini bersama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang bagi menjelaskan perkara ini dengan terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo bagi mengulas perkembangan terkini projek jelapang padi di Lingga, Banting me-libatkan tanah seluas 5,000 hektar.

Jelas Mong, projek penanaman padi secara besar-besaran di Lingga Banting ini akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan terlibat dan berhampiran terutama di kalangan mereka yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti pertanian.

“Saya belum dapat menyatakan dengan tepat bila jelapang padi ini boleh dimulakan kerana ia bergantung kepada infrastruktur yang akan di-bina tahun depan.

“Sebaik kerja-kerja pembinaan infrastruktur siap dalam tempoh 18 bulan bermula dari hari pertama pelaksanaannya barulah aktiviti penanaman padi secara besar-besaran itu akan akan dapat dijalankan,” ujarnya.