Orang ramai dinasihati agar peka terhadap keselamatan

0

KUCHING: Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa peka terhadap ke-selamatan persekitaran dan tidak hanya ketika menjelang musim perayaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kok Keong, Ahad lepas memberitahu bahawa kadar jenayah masih rendah pada cuti perayaan Hari Raya tahun ini berbanding tahun lepas.

“Kami tidak boleh memberi jaminan sifar jena-yah, tetapi ketika musim perayaan, kurang kes dilaporkan. Kami gembira dengan penurunan kadar jenayah.

“Bagaimanapun, polis akan memastikan keadaan ini berada pada tahap selamat dan terus menjalankan aktiviti rondaan di kawasan kediaman,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama PDRM dan Ketua Masyarakat di salah sebuah hotel di sini.

Mun pada majlis itu turut mengingatkan pemilik rumah supaya memberitahu polis rancangan percutian mereka bagi membolehkan penyusunan rutin rondaan dilakukan ke atas kediaman mereka.

“Beritahu polis, jiran, saudara mahu pun rakan terdekat berhubung percutian anda. Anda boleh pergi ke balai polis berhampiran untuk mendaftar tarikh percutian anda.

“Daripada rekod itu, polis akan membantu memantau kediaman anda,” katanya.

Ketika ini, katanya, polis daerah mempunyai anggota yang mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja sebagai polis.

Untuk memastikan ke-amanan terus terjamin pelbagai program telah diatur termasuk program keselamatan bandar di pusat beli-belah Boulevard bagi memperkukuhkan komunikasi antara masyarakat.