Perlembagaan SUPP perlu ditafsirIa perlu dilakukan sebelum cadangan untuk pemilihan terus dilaksanakan

0

KUCHING: Perlembagaan Parti Rakyat Bersatu Sara-wak (SUPP) perlu ditafsir terlebih dahulu sebelum cadangan untuk mengamalkan pemilihan terus dilaksanakan.

Ketika dihubungi semalam, Ketua Pemudanya Sih Hua Tong memberitahu, perkara itu perlu disahkan dengan jawatankuasa pemilihan dan pemimpin parti dahulu sama ada boleh dikuatkuasakan atau sebaliknya.

“Saya rasa majoriti ahli, termasuk Pemuda mahu melihat ia direalisasikan… tetapi, sudah tentu kita perlu menghormati peruntukan di bawah perlembagaan parti.

“Biar jawatankuasa pemilihan dan jawatankuasa perundangan mentafsir cadangan itu terlebih dahulu,” katanya.

Sih memberitahu, sekiranya idea itu dapat dilaksanakan maka ia mampu memberi nafas baru kepada parti itu yang merupakan parti paling tua di negeri ini.

“Ia (pemilihan terus) merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah untuk memberi parti imej lebih segar,” katanya.

Sementara itu, sumber dalaman parti memberitahu sekira-nya cadangan itu bertentangan dengan perlembagaan parti, maka pindaan perlu dibuat.

“Cadangan itu perlu dipersetujui semua delegasi pada Persidangan Delegasi dan sekiranya ia dipersetujui, maka parti perlu mengemukakan cadangan kepada Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika diminta mengulas kenya-taan Naib Presiden SUPP Datuk Yong Khoon Seng yang mencadangkan parti boleh mengikut jejak UMNO dan MAC dengan mengamalkan konsep pemilihan terus untuk pucuk kepimpinan parti.

Menurut Yong, cara itu dapat membantu menyuntik semangat delegasi dan mencipta imej baru parti tersebut.