Ramai berhutang demi raya

0

Amalan berhutang daripada pemberi pinjaman wang meningkat menjelang Aidilfitri

BAHANG RAYA: Keadaan salah satu kawasan beli-belah di Satok, Kuching semalam ketika umat Islam sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut Aidilfitri. Syarikat-syarikat pinjaman di sekitar Kuching mencatatkan peningkatan jumlah orang Islam memohon pinjaman bagi menampung perbelanjaan menjelang Aidilfitri kali ini.

KUCHING: Keghairahan menyambut Hari Raya Aidilfitri menyebabkan berlaku peningkatan amalan berhutang daripada pemberi pinjaman wang berlesen dalam kalangan umat Islam.

Maklumat diperolehi daripada syarikat pinjaman di sekitar bandar raya ini menunjukkan ramai orang Islam memohon pinjaman bagi menampung perbelanjaan dalam membuat persiapan Aidilfitri.

Seperti biasa, apabila tiba Hari Raya, ada sesetengah golongan yang berlumba-lumba untuk membeli-belah sehingga ada yang sanggup berhutang disebabkan rambang mata melihat barangan yang dijual seperti kata pepatah ‘biar papa asal bergaya.’

Rata-rata mereka yang memilih untuk meminjam daripada premis peminjam wang berlesen berbanding meminjam daripada bank        kerana beranggapan proses-nya adalah lebih mudah dan cepat.

Namun demikian, sama ada sedar atau tidak, mungkin pinjaman mudah dan cepat untuk diperolehi tetapi kesengsaraannya akan bermula apabila tiba masanya untuk membuat bayaran balik.

Ini kerana, faedah yang dikenakan ke atas pinjaman adalah agak melampau dan kaedah bayaran balik yang merugikan peminjam.

Menurut pekerja di sebuah tempat peminjam wang berlesen, untuk memohon pinjaman, seseorang itu hanya perlu mengemukakan penyata gaji terkini tiga bulan, kad bank dan buku akaun.

Daripada pengalaman seorang peminjam yang enggan namanya disiarkan, menurutnya, daripada RM1,000 yang dipinjam hanya RM800 yang diberi.

“Setiap bulan,saya perlu membayar RM200 (faedah) tidak termasuk jumlah induk yang dipinjam dan ini ber-lanjutan sehingga saya dapat melangsaikan RM1,000 se-kali gus.

“Ini sangat membeban-kan,” katanya sambil ber- pesan kepada orang ramai supaya tidak mengikut jejak langkahnya agar tidak di-    bebani hutang.

Dalam mendapatkan pandangan orang ramai berhubung isu tersebut, Harun Dillah yang merupakan seorang guru berkata, mereka yang berbelanja secara me-lampau sehingga sanggup berhutang seolah-olah tidak memahami tujuan sebenar berpuasa dan menyambut Aidilfitri.

“Ini bukan satu budaya kerana setahu saya pada zaman dahulu, tiada orang yang berbuat demikian (berbelanja  secara melampau).

“Lainlah sekiranya ia merupakan amalan orang kita (orang Islam) sejak dari dahulu lagi,” katanya.

Tambahnya, adalah tidak salah membeli-belah untuk anak-anak sekali setahun tetapi janganlah sanggup berhutang semata-mata mahu bergaya.

Justeru, dia menasihati orang ramai agar tidak ber-belanja secara berlebihan terutama pada Hari Raya tahun ini yang jatuh pada awal bulan.

“Banyak hari lagi sebelum mendapat gaji pada bulan berikutnya, jika perbelanjaan tidak dikawal apa yang mahu digunakan selepas beraya nanti,” jelasnya.

Menurut seorang lagi yang ditemui Roni Hipni, dia membeli barang untuk persiapan Hari Raya secara berperingkat.

Katanya, dia berbuat demikian untuk mengelakkan dirinya membelanjakan wang yang banyak pada satu-satu masa.

“Perbelanjaan saya untuk persiapan Hari Raya pada tahun ini adalah seperti biasa dan saya sudah membeli barang awal sebelum tiba Ramadan,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman mengingatkan masyarakat  Islam di negeri ini supaya berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.

Katanya, Islam sentiasa menggalakkan kesederha-naan dalam menyambut Hari Raya.

“Hari Raya adalah masa untuk kita semua bergembira setelah 30 hari menunaikan ibadah puasa tetapi janganlah berbelanja berlebih-lebihan sehingga terpaksa berhu- tang.

“Berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing dan janganlah berhutang se-hingga menyusahkan diri sendiri,” katanya.