Bumbung flat diterbang angin dibaiki semula

0

SIBU: Bumbung sebuah bangunan flat di Sibu yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut kuat baru-baru ini, telah dibaiki semula.

Tinjauan Utusan Borneo ke lokasi kejadian semalam mendapati kerja-kerja memasang semula bumbung berkenaan sedang giat dilakukan.

Selain itu beberapa kerosakan lain akibat insiden berkenaan turut dibaiki semula.

Tiada sebarang kehilangan nyawa mahupun kecederaan dilaporkan berlaku semasa insiden berkenaan.

Ini kerana, tidak sampai separuh bangunan flat ber-kenaan telah dihuni.

Kejadian mencemaskan itu adalah yang kedua berlaku dalam tempoh lima tahun di Sibu Jaya dan mengundang resah dalam kalangan penduduk.

Difahamkan, para penghuni mahu tahap keselamatan rumah flat diperiksa semula agar kerosakan sama tidak berulang.