Penduduk mahu pihak berkuasa atasi masalah lubang besar di tengah jalan

0

SARIKEI: Berbahaya dan perlu diambil tindakan yang segera, itulah pendapat yang diutarakan oleh beberapa orang warga Sarikei ber-kenaan sebuah lubang besar yang berada di tengah-tengah jalan.

Lokasi lubang itu terletak di Jalan Masjid Lama Sarikei, di hadapan dan di persimpangan restoran makanan segera MacDonald di sini.

Sabri Mat, 24 tahun yang berkerja di salah sebuah premis perniagaan berdekatan dengan lokasi tersebut berkata, masalah lubang besar tersebut berlaku apabila penutup besi parit utama yang berada di bahagian bawah jalan terbabit telah pecah dan rosak.

“Bahagian ‘bibir’ di mana tudung besi berkenaan di-letakkan telah runtuh dan pecah akibat daripada beban kenderaan yang melalui-nya setiap hari dan ia telah mengalami kerosakan yang teruk sejak dua hari yang lepas.

“Tetapi apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah belum ada pihak yang bertanggungjawab datang untuk membaikinya dan mungkin hal ini akan berlanjutan pada beberapa hari lagi kerana pada sekarang ialah cuti Hari Raya,” katanya.

Tambahnya, keadaan ini amat membahayakan pengguna yang melalui jalan ini, tambahan pula ia terletak pada bahagian persimpangan jalan.

“Tapi mujurlah ada pihak yang telah meletak kayu panjang untuk dipacakkan pada bahagian lubang besar terbabit bagi mengelak para pengguna terjatuh ke lubang terbabit,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, seorang penduduk dari Kampung Seberang Sarikei yang hanya mahu dikenali sebagai Karim pula berkata, ada beberapa kemalangan kecil telah berlaku di tempat terbabit sebelum ada pihak yang meletakkan kayu tinggi pada lubang berkenaan.

“Pada petang kelmarin ada seorang penunggang moto-sikal telah terjatuh ketika melintasi lubang berkenaan dan nasibnya agak baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi ada bebe-rapa bahagian motosikalnya mengalami kerosakan kecil akibat terjatuh.

“Malam kelmarin pula sebuah kereta telah tersangkut pada lubang berkenaan akibat tersalah laluan lalu terjatuh ke lubang itu. Kejadian ini telah memaksa beliau meminta per-tolongan beberapa orang yang lalu di kawasan berkenaan untuk membantunya menolak kenderaannya keluar dari lubang berkenaan,” kata Karim.

Hasil tinjauan pemberita ke lokasi yang dimaksudkan oleh beberapa orang pengadu itu semalam mendapati apa yang diperkatakan oleh mereka ada benarnya.

Sebuah lubang besar yang berukuran lebih kurang satu kaki setengah lebarnya dan tiga kaki panjangnya kelihatan ternganga dengan luas pada separuh dari bahagiannya.

Keadaan ini ternyata amat membahayakan pengguna yang melalui jalan berkenaan dan hasil tinjauan itu juga mendapati terdapat beberapa kesan kemalangan telah terjadi di tempat tersebut.

Beberapa kaca baha-gian lampu kereta didapati berkecai dan bertaburan di kawasan berkenaan di-tambah lagi dengan kesan seretan yang panjang yang membabitkan geseran besi atau benda keras yang telah jatuh pada bahagian pinggir lubang itu, membuktikan bahawa terdapat kenderaan atau motosikal telah menjadi mangsa di kawasan lubang itu.

Dalam pada itu, rata-rata masyarakat yang ditemui mengharapkan agar masalah itu diatasi dengan kadar seberapa segera yang mungkin oleh pihak yang berwajib, sebelum perkara yang lebih buruk berlaku akibat dari kelewatan membaikinya.