Rahman sokong cadangan persempadanan semula

0

SELAMAT DATANG..kelihatan Musa (tengah) bersalaman dengan pengunjung di majlis berkenaan sambil diiringi oleh Rahman (belakang)

TUARAN: Ahli Parlimen Kota Belud, Datu Abdul Rahman Dahlan menerima baik cadangan Parti Bersatu Sabah (PBS) supaya dilaksanakan semula persempadanan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Katanya, dalam perlembagaan memang diperuntukkan bahawa setiap lapan tahun Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mengkaji semula persempandan baru.

“Saya mengalu-alukan cadangan itu kerana ia boleh melancarkan lagi perjalanan pilihan raya. Namun, dalam keadaan sekarang ini kerusi DUN dikuasai oleh Barisan Nasional tetapi di Parlimen, kita tidak mempunyai dua pertiga,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Tambahnya, sokongan daripada parti pembangkang diperlukan dalam membuat keputusan berkenaan, jika pembangkang rasa perkara itu penting maka boleh diteruskan dan jika disebaliknya, terpaksa menangguhkannya.

Rahman yang sebelum itu telah mengadakan rumah terbuka sempena dengan Hari raya Aidilfitri menyambut ketibaan tetamu kehormat iaitu Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.