Site Last Updated 3:41 pm, Monday

Amalan kunjung-mengunjung pupuk perpaduan masyarakat

by Kelvin Lambai. Posted on September 3, 2011, Saturday

SRI AMAN: Amalan kunjung-mengunjungi ke majlis-majlis rumah terbuka sempena perayaan kaum yang diamalkan selama ini ini secara tidak langsung mampu memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, amalan seperti ini perlulah diteruskan kerana melaluinya semangat perpaduan kaum di kalangan anggota masyarakat dapat dipupuk.

“Dengan berkunjung ke rumah terbuka kaum lain, kita dapat memahami, menghormati agama, kebudayaan serta adat resam kaum terbabit dan sekali gus juga hubungan kita sesama kaum juga dapat diperkukuhkan lagi,” ujarnya.

Simoi berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo di Majlis Rumah Terbuka beliau di kediamannya di Kampung Muhibbah, Sri Aman dekat sini semalam.

Menurutnya, sebagai rakyat berbilang kaum di Malaysia, rakyat kita haruslah mengekalkan dan memperkukuhkan lagi perpaduan melalui kunjungan semasa sambutan sesuatu perayaan terbabit.

“Ini semua dapat kita lihat, budaya kunjung-mengunjungi di kalangan masyarakat Malaysia bukan sahaja pada sambutan Hari Raya Aidilfitri malah tradisi seperti ini diteruskan pada musim perayaan Tahun Baru Cina, Gawai, Krismas, Deepavali dan sebagainya.

“Oleh yang demikian, kerajaan juga amat menggalakkan budaya terbabit diteruskan dan dikekalkan demi memperkukuhkan lagi integrasi nasional di kalangan kita sebagai rakyat berbilang kaum di Malaysia,” jelasnya.

Katanya, kita di negara ini seharusnya berasa bersyukur oleh kerana berpeluang untuk merayakan semua perayaan di negara Malaysia ini dan sesuatu perayaan tersebut bukan hanya tertumpu kepada kaum yang meraikan perayaan itu sahaja.

“Sebagai contohnya, pe-rayaan yang kita raikan sekarang ini bukan sahaja umat Islam sahaja yang meraikan dan kita jelas lihat kaum-kaum lain se-perti masyarakat Iban dan Cina juga turut meraikan perayaan terbabit.

“Dan ini semua dapat menggambarkan bahawa betapa kukuhnya perpaduan kaum kita dan juga kestabilan politik kita di negara ini dan ini menyebabkan pelabur-pelabur asing tidak berasa ragu-ragu untuk datang melabur di negara ini,” kata-nya lagi.

Justeru itu, Simoi turut mengajak rakyat di negara ini agar terus bekerjasama, bersatu hati dan mengekalkan keamanan negara Malaysia agar negara ini terus menjadi contoh kepada negara dan masyarakat di seluruh dunia,” tegasnya lanjut.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.