Lebih ramai duduk depan TV daripada saling menziarahi

0

AMALAN TRADISI: Abdul Rahman melayan tetamu di rumahnya di Kuching, semalam.

Budaya yang terjalin sejak berkurun kini makin terjejas: Daud

KUCHING: Budaya saling menziarahi di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini telah terjalin berkurun lamanya terutama pada musim perayaan.

Di Sarawak walaupun berbeza agama dan bangsa, penduduk di negeri ini terus mengamalkan amalan ziarah menziarahi dan menyambut perayaan bersama.

Namun jika ia dibandingkan dengan zaman-zaman dahulu budaya itu kini semakin berkurangan terutama di kalangan generasi muda masa kini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman memberitahu, amalan ziarah-menziarahi pada Hari Raya waktu dahulu amat meriah terutamanya di kampung-kampung.

“Sekarang ini ramai di kalangan masyarakat kita lebih memilih untuk berada di rumah dan menonton tele-visyen (TV).

“Maka dari situ ia pasti sedikit sebanyak me-ngurangkan semangat untuk meneruskan amalan menziarahi yang amat kita galakkan ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu, ia mungkin bukan menjadi kesalahan untuk individu itu memilih menonton TV, tetapi ia turut memberi kesan kepada amalan tradisi itu sendiri.

Namun beliau yang meng-adakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya pada Rabu lalu menyatakan, kunjungan masyarakat ke rumahnya amat memberangsangkan.

“Saya menerima kunjungan tetamu yang meningkat pada tahun ini berbanding sebelumnya dan paling bermakna sekali disertai pelbagai kaum,” kata beliau.

Daud memberitahu, di Sarawak amalan rumah terbuka sehingga Hari Raya ketujuh pasti akan menggalakkan lagi amalan berkenaan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan Dr Abdul Rahman Saili menyatakan pendapat yang sama dengan Daud.

Menurut Abdul Rahman, amalan kunjung-mengunjungi yang sudah menjadi budaya itu dilihat semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

“Sejak beberapa tahun ini ia agak berkurangan… mungkin disebabkan ada di antara masyarakat kita lebih memilih untuk tidak keluar rumah atau menonton TV,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Jelas beliau, suasana sambutan perayaan khasnya Hari Raya di kampung-kam-pung adalah lebih meriah jika dibandingkan dengan di bandar.

Bagi dirinya, beliau lebih suka sambutan perayaan di-sambut dengan lawatan secara biasa berbanding dengan majlis rumah terbuka yang lebih tradisional.

Abdul Rahman yang baru sahaja pulang dari Australia pada Januari lepas, sejurus menamatkan pengajian menceritakan pengalaman beraya beliau di sana.

“Di sana sambutan amat meriah dan disertai pelbagai komuniti.

“Kadangkala kita juga membuat jadual lawatan ke rumah siapa kita nak pergi,” tegasnya, sambil memberitahu ia merapatkan lagi sila-turahim di kalangan rakyat Malaysia.