Tarikh tutup perjumpaan mereka yang lahir 1987 dilanjut hingga 16 Sept

0

MIRI: Tarikh tutup pendaftaran majlis makan malam perjumpaan semula bagi mereka yang lahir pada tahun 1987 bertempat di Hotel Grand Palace dipanjangkan sehingga tarikh majlis berlangsung iaitu pada 16 September ini.

Pengerusi penganjur, Suliza Yaakob berkata, tarikh tersebut dipanjangkan adalah untuk mengalakkan lebih ramai penyertaan daripada orang awam.

“Tema kami pada malam itu adalah ‘Masquerade Glam’. Mereka yang menyertainya digalakkan berfesyen mengikut tema tersebut bagi melayakkan mereka juga untuk memenangi pakaian terbaik lelaki dan perempuan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Orang awam yang lahir pada tahun 1987 adalah dipelawa untuk menyertai majlis berkenaan yang dijadualkan bermula pada jam 6 petang hingga 11 malam.

Menurut Suliza, majlis terbabit dianjurkan adalah untuk mengumpulkan orang awam yang lahir pada tahun 1987 untuk saling berjumpa dan bertukar pandangan masing-masing.

Tiket untuk menyertai majlis berkenaan dijual pada harga RM50 untuk seorang. Manakala bagi mereka yang ingin membawa pasangan masing-masing ke majls itu nanti juga dialu-alukan dan tiket masih dijual dengan harga yang sama (RM50),” tambahnya lagi.

Mereka yang berminat untuk membeli tiket dan sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Suliza di talian 014-6876917, Hejah (0145906906) atau Riyah Kedal (016-8545211).