Wakil rakyat DAP rai wartawan sempena Hari Wartawan Sedunia

0

MIRI: Lebih 30 orang wartawan dari pelbagai akhbar di sini telah diraikan dalam satu majlis makan malam yang diadakan di sebuah restoran di sini malam Khamis lalu.

Majlis itu yang merupakan anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Ling Sie Kiong dan ADUN Pujut, Fong Pau Teck telah diadakan bersempena sambutan Hari Wartawan Sedunia yang diraikan pada 1 September setiap tahun.

Menurut Ling, objektif utama majlis itu diadakan adalah sebagai merapatkan hubungan kerjasama dengan para wartawan dan menghargai sumbangan mereka selama ini.

“Kita adakan majlis seperti ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan kerjasama dengan para media dan pada masa sama sebagai melahirkan tanda penghargaan kami terhadap sumbangan mereka (wartawan) selama ini,” katanya.

Beliau juga memberitahu, majlis seumpama itu akan diteruskan dan dijadikan acara tahunan mereka serta disambut pada 1 September setiap tahun sebagai meraikan para wartawan di sini.