Home - Utusan Borneo - Berita Sabah - Tragedi di pagi Syawal

Tragedi di pagi Syawal

by Mohd Nazib Macpee. Posted on September 4, 2011, Sunday

0132 : Bantu..... antara penduduk kampung yang turut membantu pihak bomba dalam memadam kebakaran.

Tiga rumah musnah, tiga keluarga sehelai sepinggang

LAHAD DATU: Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kediaman mereka masing-masing musnah dalam satu kebakaran pada petang satu Syawal.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Abu Bakar Taraji semasa dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada jam 3.59 petang dan mengerahkan seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera bomba yang diketuai oleh beliau sendiri ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian kita mendapati api marak dengan cepat dan memusnahkan tiga buah rumah. Pihak kami, walau bagaimanapun, telah berjaya mengawal api 14 minit kemudian daripada merebak ke rumah-rumah berhampiran,” katanya sambil menambah api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 6.18 petang.

Semasa kejadian, pihak bomba juga berjaya menyelamatkan sebuah lagi rumah yang berada di kawasan berhampiran daripada musnah dijilat api ketika api kebakaran sedang memuncak.

Menurut Abu Bakar, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan namun tiada kemalangan jiwa telah dilaporkan.

Sementara itu, beliau juga ingin memperingatkan kepada orang ramai terutamanya bagi mereka yang memiliki kenderaan supaya dapat berkerjasama kepada pihak bomba untuk tidak menghalang lalu-lintas terutamanya semasa berlakunya kebakaran atau kecemasan lain.

“Ini akan menyukarkan pihak kita semasa melaksanakan tanggungjawab dan tugasan, ditambah dengan keadaan jalan-jalan kampung yang sempit dan kenderaan-kenderaan yang menghalang lalu-lintas menyebabkan kami tidak dapat berada di tempat kejadian dengan lebih cepat lagi,” katanya.

Print Friendly

Advertisement

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.