Beetex Home Centre adakan promosi hebat set bilik tidur

0

PROMOSI HEBAT: Salah satu set bilik tidur pada pameran Beetex.

KUCHING: Beetex Home Centre, Kuching mengadakan jerayawara promosi jualan set bilik tidur bermula hari ini sehingga 11 September.

Menurut kenyataan akhbar, jualan sekali setahun itu dianjurkan bersama oleh Beetex Interior Furnishing Centre S/B dan Semenanjung Malaysia.

“Jerayawara ini dianjurkan istimewa bagi pasangan baru berkahwin atau yang baru berpindah rumah dengan menawarkan reka bentuk dan model terbaru yang bakal menepati cita rasa anda,” ujarnya.

Tambahan pula, pelanggan boleh membuat tempahan bagi almari berdasarkan reka bentuk, ukuran, warna, bentuk pintu dan aksesori tambahan.

Kenyataan terbabit menambah, set bilik tidur istimewa tawaran Beetex diperbuat daripada bahan tahan lembapan dan tahan lama (teknologi terkini ‘PVC hot-press’).

Antara tawaran istimewa ialah 5’ HW 8830 set bilik tidur yang ditawarkan pada harga RM2, 488 dan percuma sebuah tilam lateks.

Pengurangan dua kali ganda, 20 ke 50 peratus juga ditawarkan bagi set bilik tidur terpilih dan layak membeli tilam Dreamland (Twinkle Night).

Beetex turut menawarkan pelanggan 60 peratus penjimatan dengan tawaran 30 set bilik tidur.

Beetex Home Centre dibuka Isnin hingga Sabtu 10.30 pagi hingga 8.30 malam dan Ahad pada 10.30 pagi hingga 5.30 petang.