Pesara polis masih dendami komunis

0

BANDAR BAHARU: Se­orang pesara polis Zakaria Ahmad, 66, melahirkan rasa kesal dan dukacita terha­dap kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mengangkat ang­gota Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira sebenar tragedi Bukit Kepong.

Beliau yang pernah menga­lami dua peristiwa berdarah angkara serangan komunis sehingga mengorbankan 17 anggota polis dan menceder­akan 56 lagi di dua lokasi 36 tahun lalu, masih menyim­pan dendam yang membara terhadap pengganas itu.

“Kami yang mengalami sendiri bertembung dengan pengganas komunis dalam tugas lebih mengetahui beta­pa perit-jerih demi memper­tahankan maruah negara ini dan membolehkan rakyatnya tidur nyenyak dan aman menjalankan kehidupan seharian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di kampung Paya Dahanan, Permatang Simpor dekat sini, semalam.

Bekas Sub Inpektor itu bersama anggota platunnya diserang hendap komunis ketika mengiringi pasukan Topograpi Jabatan Ukur Malaysia untuk mengukur sempadan Malaysia-Thai­land di kawasan di Ban Kubu, Sadao, Selatan Thailand pukul 8 pagi pada 18 Jun 1975.

Katanya, sikap komunis kejam yang tidak memilih mangsa menyebabkan 15 orang terkorban termasuk lapan anggota Pasukan Polis Hutan (PPH), tiga kakitan­gan Jabatan Ukur dan empat anggota polis Thai, manakala lima orang cedera.

“Mereka menggunakan taktik jerangkap samar den­gan tidak kurang 300 lubang antara dua bukit ketika rom­bongan pasukan keselamatan dan kumpulan juruukur menjalankan tugas mereka,” kata Zakaria.

Peristiwa kedua ditem­puhinya kira-kira tiga bulan selepas serangan hendap pengganas komunis itu apa­bila dua platun anggota PPH diserang anasir subversif dengan lontaran dua butir bom tangan ketika sedang menjalankan senaman pagi di Kem Briged Tengah di Kuala Lumpur pada 5 Sep­tember 1975.

Katanya, seramai dua anggota maut dan 48 yang lain cedera dan nama Zaka­ria dicatatkan sebagai salah seorang yang ‘meninggal dunia’ walaupan ketika kejadian dia sedang bertu­gas di bahagian perubatan di sebuah bangunan ber­hampiran tempat kejadian. — Bernama