20 atlet jalani ujian ‘upgrade’

0

KUCHING: Seramai 20 taekwondo tali pinggang hitam dari pelbagai kelab bergabung Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS/WTF) menyertai ujian ‘upgrade’ tali pinggang taekwondo di sini, baru-baru ini.

Ujian yang dilangsungkan di Pusat Latihan Satok, Kuching pada minggu lalu itu telah dianjurkan dengan jayanya oleh Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) dengan kerjasama dua orang pemeriksa kebangsaan dari Kuala Lumpur.

Pemeriksa terbabit ialah Grandmaster Chin Mee Kiong (Tali Pinggang Hitam Kelapan, Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia), Master Ben Wong Siew Pang (Tali Pinggang Hitam Ketujuh) dan Master Tan Check Joon (Tali Pinggang Hitam Ketujuh yang juga Pengerusi Teknikal PTNS.

Ujian dirasmikan oleh Timbalan Presiden PTNS/WTF, Datuk Lau Kuang Chai.