Anggota dan pegawai bomba digalak lanjutkan pelajaran

0

MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggalakkan anggota serta pegawainya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Datuk Rusmani Muhamad berkata jabatan itu turut menyediakan pinjaman pembelajaran kepada mereka yang berminat menyambung pengajian di peringkat diploma atau ijazah.

“Kita menggalakkan semua anggota dan pegawai menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia sekali gus dapat memantapkan pengetahuan sedia ada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai kelmarin.

Sementara itu, beliau berkata JBPM sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir pada musim tengkujuh ini.

Rusmani berkata pihaknya akan mengadakan kempen keselamatan bersama beberapa agensi lain seperti Majlis Keselamatan Negara dan polis. — Bernama