Isteri anggota polis telan pil akibat tertekan

4

KUCHING: Seorang isteri anggota polis dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas bertindak menelan beberapa biji pil di kompleks kediaman polis di Tabuan Jaya di sini, pagi semalam.

Mangsa yang berusia 32 tahun, dipercayai bertindak demikian ekoran tertekan dengan masalah keluarga yang dihadapinya.

Mangsa yang dihantar oleh suaminya ke HUS kini masih menerima rawatan.