Peraduan belanja dan menang Ngiukee, Q3 dapat sambutan hangat pelanggan

0

BERTUAH: Para pemenang bergambar bersama dengan wakil jualan Ta Kiong.

KUCHING: Peraduan ‘Belanja dan Menang Ngiukee & Q3 (Ta Kiong) 2011’ yang berakhir baru-baru ini berjaya menarik sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan di kedua-dua pasar raya tersebut.

Peraduan tersebut yang bermula dari 20 Jun hingga 21 Ogos lalu telah pun diumumkan para pemenangnya.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu membeli sekurang-kurangnya lima botol minuman produk Q3, sepanjang tempoh peraduan.
Pemenang tempat pertama peraduan telah dimenangi oleh James Lim Mei Wah yang berjaya memenangi baucar Ngiukee bernilai RM300, kedua ialah Stephanie Phua (baucar Ngiukee RM200) dan ketiga ialah Lee Hock Yin (baucar Ngiukee RM100).

Lima orang pemenang hadiah sagu hati ialah Sim Swee Kian, Cecelia Tang, Tiong Mee Ling, Jennifer Kong dan Siaw Hon Yin. Setiap seorang daripada mereka memenangi barangan Q3 bernilai RM20.

Kesemua hadiah para pemenang telah disampaikan oleh wakil jualan Ta Kiong, Doreen Hiew dan Sung Bui Khin di sini, semalam.