Seramai 5,539 duduki UPSR di Sibu

0

SIBU: Seramai 5,539 orang pelajar Tahun 6 bahagian Sibu termasuk Kanowit dan Selangau menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.

Penolong Penyelia Pejabat Unit Penilaian dan Peperiksaan Sibu Steven Antas ketika dihubungi semalam berkata, sebanyak 153 pusat peperiksaan telah dibuka.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 57 pusat adalah untuk pelajar sekolah dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) manakala 96 pusat untuk pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK).

Terdapat beberapa sekolah di sini membuka dua pusat peperiksaan kerana bilangan pelajar yang menduduki peperiksaan berkenaan terlalu ramai.

Paling ramai calon yang menduduki UPSR ialah pelajar dari SJK(C) Chung Sing dengan bilangan pelajarnya 205 orang.

Peperiksaan berkenaan akan diadakan selama tiga hari bermula semalam di seluruh negara.