Monday, April 12

Beberapa jalan di Miri ditutup

0

MIRI: Beberapa jalan di bandar raya ini akan ditutup pada petang hingga tengah malam ini (15 September ).

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Miri ASP Zamry Alli berkata jalan yang terlibat adalah dari lampu isyarat berhampiran Hotel Mega hingga ke kedai Bata di Jalan North Yu Seng di sini.

Menurut beliau, penutupan jalan berkenaan adalah untuk memastikan kelancaran sambutan 1Malaysia Miri Street Festival 2011 yang akan berlangsung di sepanjang Jalan North Yu Seng  mulai jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

“Penutupan ini akan berkuat kuasa mulai jam 4 petang hingga acara tamat pada tengah malamnya,” katanya.

Sehubungan itu katanya, semua pengguna jalan raya di bandar raya ini adalah dinasihati menggunakan laluan alternatif yang lain bagi mengelak kesesakan di kawasan berkenaan.