Wednesday, April 14

Pemansuhan ISA bukan atas desakan pembangkang: Yong

0

KUCHING: Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 didakwa sebagai kemenangan besar pembangkang adalah cerita dongeng semata-mata.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng menjelaskan keputusan itu bukan dibuat atas desakan pihak pembangkang tetapi dibuat mengikut transfomasi zaman.

“Saya sudah 21 tahun berada di Parlimen, setiap kali sesi persidangan mesti ada akta-akta yang dipinda atau akta-akta baru dibentangkan.

“Perkara ini sudah biasa berlaku setiap tahun dan sekarang kita nak memansuhkan ISA berdasarkan perubahan semasa,” katanya ketika ditanya berhubung perkara itu semasa Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di Kampung Haji Baki dekat sini semalam.

Majlis itu merupakan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Haji Baki.

Yong berkata akta tersebut dianggap satu akta yang kontrovesi oleh sesetengah pihak dan kini akan dimansuhkan setelah perbincangan dibuat begitu lama.

“Cuma masanya telah tiba untuk kita menyelesaikan undang-undang kita seiring dengan perubahan masa.

“Jadi, kalau ini mereka kata mereka telah menang, berapa orang mereka di Parlimen? majoriti masih lagi kepada Barisan Nasional, kita nak mansuh kita punya hak bukan kerana mereka… mereka tahu memdakwa sahaja,” tegasnya.

Terdahulu dalan ucapan perasmiannya, beliau mengumumkan dana sebanyak RM30,000 kepada tabung bagi membina dewan serba guna di Kampung Haji Baki.

Jelasnya, jika masalah teknikal mengenai tanah atau tapak dewan itu selesai barulah pembinaan dilaksanakan.

“Masalah sekarang ini adalah tanah, kita tidak mempunyai tapak (tanah) untuk membina dewan ini dan saya bersama Majlis Perbandaran Padawan (MPP)dan juga Jabatan Tanah dan Survei masih lagi mencari tapak untuk dewan ini.

“Apabila semuanya sudah selesai, saya akan mencari peruntukan untuk membina dewan serba guna di kampung ini,” ujarnya.

Hadir sama pada masjlis itu Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, KK Kampung Haji Baki Abdul Taib Hamdan dan tetamu kehormat lain.