Bawang B juara futsal mini sempena Ramah Mesra Aidilfitri Pergau

0

SYABAS: Saudi (kanan) menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan Bawang B yang juarai Kejohanan Futsal Mini di Kampung Pergau, baru-baru ini. Turut kelihatan ialah Ismail (kiri) serta Tioh.

MATU: Pasukan Bawang B menjuarai Kejohanan Futsal Mini selepas menewaskan Pepunai Tanak, 3-2 pada final di halaman Surau Kampung Pergau, di sini baru-baru ini.

Kejayaan itu membolehkan Bawang B membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 sementara Pepunai Tanak mendapat RM800.

Pemenang ketiga iaitu Kuala Matu meraih RM600 sambil pengisi slot keempat, Area 51 menerima RM 400.

Kesemua hadiah untuk kejohanan itu ditaja oleh Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dolah.

Menurut pengerusi penganjur Rokiah Muhamad Jahar, sebanyak 33 skuad menyertai kejohanan selama dua hari itu.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pergau ini.

“Insya-Allah, kami akan berusaha menganjurkan lagi kejohanan ini pada tahun depan,” katanya.

Residen Mukah Saudi Narani mewakili Wahab menyampaikan kesemua hadiah kepada pemenang.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pentadbir Pejabat Daerah Matu Ismail Kasah, Temenggong Tioh Ali Moktar, Pemanca Rapili Amit dan Penghulu Teo Huat Hui.