Beberapa rumah Kampung Muhibbah ditenggelami banjir

0

SRI AMAN: Beberapa buah rumah di kawasan Zon Paya Utara Kampung Muhibbah di sini telah ditengelami banjir kilat setelah hujan turun tanpa henti sejak malam kelmarin.

Menurut penduduk, hujan yang turun sejak malam Sabtu lalu hingga  petang Ahad telah menyebabkan beberapa buah rumah di kawasan ini ditengelami oleh banjir kilat.

Banjir yang berlaku dengan ketinggian sehingga ke paras buku lali itu telah memasuki beberapa buah rumah di kawasan ini.

Walau bagaimanpun banjir kilat yang berlaku di kawasan berkenaan telah surut sepenuhnya lewat malam semalam.

Salah seorang penduduk memberitahu banjir kilat yang berlaku ini adalah berpunca daripada sistem perparitan yang tidak betul dan hampir keseluruhan longkang di kawasan kampung terbabit tersumbat kerana jarang diselenggarakan.