Sertai Petanque Double Terbuka Meradong 24-25 Sept

0

BINTANGOR: Persatuan Petanque Meradong dengan kerjasama Kawasan Rukuntetangga (KRT) Kampung Bintangor Utara akan menganjurkan Pertandingan Petanque Double Terbuka Meradong, Bintangor 2011 pada 24 dan 25 September ini.

Lokasi pertandingan ini ialah Padang Petanque De-wan Masyarakat Bintangor dan Padang Petanque Masjid Darul Taqwa, Bintangor.

Setiap pasukan yang ingin menyertai pertandingan ini dikenakan yuran sebanyak RM80.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 September.

Pada tarikh sama, jam 8 malam akan diadakan sesi cabutan undi bagi menentukan jadual perlawanan untuk pertandingan itu kelak.

Majlis cabutan undi  akan diadakan  di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) Bintangor, justeru semua pengurus pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan mereka diminta hadir untuk melancarkan proses pengundian.

Juara pertandingan  akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 berserta piala, kedua RM700 dan piala, ketiga RM400 dan piala, keempat RM200 dan piala.

Manakala tempat kelima hingga kelapan akan mendapat hadiah sagu hati wang tunai sebanyak RM100.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan borang penyertaan atau mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh menghubungi wakil pihak pengelola iaitu Ustaz Abu Bakar Kidam menerusi talian 019-8185143, Abang  Mohd Selanie (014-5905378) dan Abang Mohtar Abang Derahman (013-8151535).