Awang Tengah nafi jadi dalang SPDP5

0

MERIAH: (Dari tiga kiri) Naroden, Morshidi, Awang Tengah dan Sarudu pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri PUSAKA. — Gambar Penerangan

KUCHING: Menteri Peran-cangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menafikan dakwaan menyatakan bahawa beliau adalah dalang di sebalik kumpulan Parti Demoktratik Progresif Sarawak Berlima (SPDP5).

Beliau yang merupakan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, beliau tidak pernah mencampuri urusan dan permasalahan mana-mana  parti komponen Barisan Nasional (BN) lain apatah lagi menjadi dalang kepada se-suatu permasalahan.

“Ini berita baru bagi saya. Saya tidak mempunyai kaitan dengan perkara ini lagi pun ia adalah hal ehwal mereka dan saya tidak pernah campur tangan dalam mana-mana masalah yang dihadapi parti komponen lain.

“Lagipun, itu adalah masa-lah mereka dan saya yakin mereka ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika di-minta mengulas mengenai spekulasi menyatakan bahawa beliau adalah dalang kepada SPDP berlima.

Tambah beliau, sebagai pemimpin bagi sebuah parti komponen maka sudah menjadi prinsip beliau untuk tidak mencampuri urusan parti komponen lain.

“Saya ada prinsip saya sen-diri, saya tidak pernah campur tangan dalam mana-mana hal ehwal parti komponen lain dan sebagai parti komponen BN kami semua selesa be-kerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Bagaimanapun beliau yang juga merupakan Menteri Kemudahan Awam berkata, SPDP perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka secepat mungkin.

“Saya pasti mereka menyedari perkara (Pilihan Raya Umum) itu. Maka itu adalah penting bagi mereka untuk menyelesaikan apa juga masalah yang mereka hadapi,” katanya.

Beliau terdahulunya telah merasmikan Majlis Ramah-tamah Hari Raya Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (PUSAKA), di pekarangan Wisma Sumber Alam, di sini malam kelmarin.

Kumpulan SPDP5 yang dimaksudkan adalah Naib Presiden Kanan SPDP yang juga ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian, Naib Presiden SPDP yang juga ADUN Marudi Silvester Entri, Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Kelima-lima mereka telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti tersebut selepas gagal menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi selama tujuh kali dalam tempoh dua tahun lepas.