BN Negeri sudah mempunyai parti komponen mencukupi

0

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Negeri sudah mempunyai parti komponen yang mencukupi, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Justeru beliau yang merupakan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, penubuhan parti komponen yang baru dilihat bukan satu keperluan.

Menurutnya, parti komponen BN yang sedia ada merupakan landasan untuk mana-mana pihak menunjukkan sokongan mereka terhadap BN.

“Mereka yang menyokong dasar dan perjuangan BN boleh mengemukakan permohonan untuk menyertai BN sebagai ahli bersekutu dan kumpulan ini tidak perlu membentuk parti baru jika mereka benar-benar menyokong BN,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, keputusan permohonan menyertai BN sebagai ahli bersekutu akan diserahkan kepada ahli Majlis BN yang lain.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai kenyataan akhbar menyatakan bahawa sebuah parti politik baru akan ditubuhkan untuk bekas ADUN Pelagus Larry Sng.

Larry pernah menjadi wakil rakyat Pelagus sejak 2001 di bawah tiket PRS, bagai-manapun beliau digugurkan daripada parti itu pada 2007 berikutan krisis dalaman kepimpinan yang menyaksikan parti itu berpecah kepada dua, dengan beliau mengetuai kumpulan lawan.

Sejak itu, Larry tidak me-wakili mana-mana parti setelah dipecat oleh PRS kerana dikatakan bercanggah pendapat dengan Masing.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Menteri Muda Pelancongan Mong Dagang dan Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Stephen Rundi.