Hospital Sibu cari ahli keluarga Chia

0

SIBU: Hospital Sibu memohon kerjasama orang ramai untuk mencari ahli keluargaatau saudara-mara seorang pesakit yang dimasukkan ke hospital terbabit sejak 15September lepas.

Menurut kenyataan media Hospital Sibu yang diterima,pesakit terbabit dikenali sebagai Chia Kai Tah, berusia 64tahun dan beralamat di 527,Kenyalang Park, Kuching.

Chia dikatakan telah dihantar ke hospital oleh seorang pemilik hotel di sinidan telah ditinggalkan di wad sehingga sekarang.

Semasa berada di wad, tiada ahli keluarga atau saudaramara yang datang menjenguk pesakit.

Sehubungan itu, mereka yang mengenali Chia diminta datang ke Wad Medical 25,Hospital Sibu atau menghubungi Noorulaine Bujang melalui talian 084-343333 sambungan 7307 pada waktu pejabat.