Kawasan Dayak kubu BN

0

KUCHING: Parti Tinda-kan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menang di kawasan majoriti Dayak pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Ia diakui sendiri oleh Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Dr Patau Rubis berdasarkan sentimen di peringkat akar umbi pada masa sekarang.

Beliau berkata, dua parti pembangkang itu tidak be-kerjasama dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang masih mempunyai penyokong tersendiri di kalangan pengundi Bidayuh dan Iban.

“Semakin mereka men-dakwa mampu menang di kawasan majoriti Dayak, semakin lama Barisan Nasional (BN) akan menang kawasan tersebut dan memerintah,” katanya ketika ditemui pada satu Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di sini, semalam.

Beliau mengakui BN mempunyai kekuatan tersendiri dalam mengekalkan kemenangan di kawasan-kawasan majoriti Dayak berbanding DAP dan PKR yang boleh disifatkan sebagai baru berjinak-jinak dengan rakyat di kawasan luar bandar.

Sarawak mempunyai 31 kawasan pilihan raya Parlimen.

Dua daripada kerusi tersebut dimenangi DAP, iaitu Parlimen Bandar Kuching dan Parlimen Sibu.

Kawasan-kawasan tersebut merupakan kerusi majoriti pengundi Cina.

Pembangkang terutama DAP, selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak pada April lepas, berusaha untuk meraih sokongan di kawasan Bidayuh dan Iban.

DAP menang 12 kerusi, manakala PKR menang tiga kawasan pada pilihan raya tersebut.

Berdasarkan keputusan yang dianggap DAP sebagai memberangsangkan, para pemimpinnya mencari jalan untuk bergabung dengan SNAP berikutan parti itu masih ada sokongan di kawasan majoriti Dayak. Run-dingan ke arah gabungan itu dikatakan masih di peringkat awal.

Pemimpin DAP Sarawak juga sebagai contoh, Setia-usaha Agungnya, Chong Chieng Jen melantik seorang pembantu khas daripada kalangan Bidayuh iaitu Mordi Bimol – satu strategi untuk memasuki kawasan Dayak.

Sebagai persiapan menghadapi PRU kelak, pada Ahad lepas DAP dan PKR memulakan perbincangan pengagihan kerusi di kalangan pakatan pembangkang.

Belum ada kata putus berhubung perkara tersebut, dan yang pasti mereka akan meletakkan calon di semua 31 kerusi.

Dr Patau yang bertanding atas tiket SNAP di Parlimen Mas Gading menentang Datuk Dr Tiki Lafe daripada BN pada PRU 2008 berkata lagi, beliau belum membuat keputusan untuk bertanding pada PRU seterusnya.

“Jika tidak ada calon lain menentang calon BN saya akan bertanding,” katanya.