Mat Sabu dituduh burukkan nama anggota keselamatan

0

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, pada 21 Ogos lepas.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu. Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohama d i dakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada jam 10 malam hingga 12 tengah malam 23 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam) Al- Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau keduaduanya.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfi tnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau keduaduanya. Pertuduhan dibuat selepas aduan daripada tiga orang ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam serang pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff.

Mohamad yang memakai baju kemeja hijau dengan jaket berwarna biru dan berseluar hitam kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Terdahulu, tiga Timbalan Pendakwa Raya yang diketuai Mohamad Hanafiah Zakaria, memohon mahkamah menetapkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh. Namun, selepas rayuan oleh peguam Hanafi ah Maidin dan Aminuddin Zulkifl i, yang mewakili pemimpin PAS itu, Hakim Ikmal Hishan menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

I kma l Hi s h a n j u g a menetapkan 27 Okt sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Dis sebagai tarikh perbicaraan kes. Mohamad telah membayar ikat jamin sebanyak RM15,000 pada jam 12 tengah hari semalam. Antara yang kelihatan di mahkamah ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow. — Bernama