Tuesday, December 7

Pencuri gagal pecah masuk pejabat Bernama di Sibu

0

SIBU: Cubaan pencuri untuk memecah masukpejabat Berita NasionalMalaysia (Bernama) yang terletak di Jalan Tuanku Osman pada malam Selasalepas, gagal.

Ketua Biro Bernama Sibu Edward Subeng berkata pencuri tidak berjaya mengambil apa-apa dari pejabatnya walaupun mereka berjaya membuka mangga dan tombol pintu.

“Meskipun mereka(pencuri) sudah berjaya membuka mangga dan tombol pintu, namun engsel besi tersangkut,”katanya.Beliau dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh seorang kakitangan yang datang ke pejabat pada jam 7.30 pagi semalam.

Menurut Edward cubaan pecah masuk ituadalah kali kedua sejakia mula berlaku 20 tahunlalu.

“Kali itu mereka berjaya memasuki premis namun tiada barang hilang,”katanya.

Beliau telah membuat laporan polis mengenai kes tersebut dan kemudiannya menghubungi tukang kunci untuk membuka pintu pejabat yang tidak dapat dibuka itu.