PPP, empat NGO buat laporan polis terhadap Manoharan

0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) dan empat badan bukan kerajaan semalam membuat laporan polis terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah M. Manoharan berhubung isu Jalur Gemilang.

PPP, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia membuat laporan secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengah hari semalam.

Anggota Majlis Tertinggi PPP Datuk Thajudeen Mohideen yang ditemui pem-berita selepas itu berkata, parti tersebut berpandangan polis perlu mengambil tindakan terhadap Manoharan kerana mengeluarkan kenya-taan mengelirukan rakyat.

Katanya, PPP juga me-nuntut wakil rakyat DAP itu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

Pada 16 September lepas, Manoharan membuat ke-nyataan pada laman sosial Facebooknya bahawa beliau enggan mengibarkan Jalur Gemilang kerana bendera itu tidak menggambarkan Malaysia tetapi lebih kepada Barisan Nasional.

Manoharan juga membuat kenyataan akan menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain. — Bernama