Rumah Hamdi johan Pertandingan Menghias Lampu Elektrik dan Pelita 2011

0

TAHNIAH: Abdul Samad (dua kiri) menyampaikan sijil dan hamper kepada Hamdi sambil diperhatikan oleh Ramli (kiri) dan salah seorang ahli JKKK, Ramlee Abdul Rahman (kanan) semasa berlangsungnya majlis penyampaian hadiah pertandingan berkenaan.

SRI AMAN: Rumah Hamdi Manan dari Zon Tengah, Kampung Muhibbah, di sini dinobatkan sebagai johan Pertandingan Menghias Lam­pu Elektrik dan Pelita 2011 an­juran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Zon Tengah Kam­pung Muhibbah sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Naib johan dan tempat ketiga disandang oleh rumah Bolhan Bolhi dan Mohd Zini Engge manakala tempat keempat pula disandang oleh rumah Awang Musffar juga dari Zon Tengah Kampung Muhibbah.

Empat pemenang sagu hati pertandingan ini disandang oleh rumah Wan Zaki Wan Saperi, Yaakub Mohamad, Masmiah Abdullah dan Sa­rom.

Terdahulu, majlis penyam­paian hadiah berupa hamper dan sijil penyertaan bagi pertandingan berkenaan dis­empurnakan oleh Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri yang berlangsung di Rumah Setiausaha JKKK Wan Hanapi Tku Sapiee.

Hadir sama pada majlis berkenaan, dua Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Ba­hagian Sri Aman Siti Rohani Abdullah dan Owi Bee Siew, Penolong Pegawai Pemban­gunan Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KE­MAS) Bahagian Sri Aman Kelvin Lambai, Pengerusi Masjid Darul Syakirin Kam­pung Muhibbah Yak Ahmad, Pengerusi Surau Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sri Aman Abang Saraie dan Ketua Kampung Zon Ten­gah Kampung Muhibbah Sharkawi Morsidi.

Pengerusi Pengelola Pertandingan Rambli Abu Sera berkata, sebanyak 53 ru­mah di kawasan Zon Tengah Kampung Muhibbah meny­ertai pertandingan tersebut.