Asfia dahului senarai penerima darjah TYT

0

KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar mendahului senarai penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri dengan gelaran Datuk Amar.

Penerima kedua, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) yang membawa gelaran Dato Sri.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah mendahului senarai lapan orang penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Selain Fatimah, turut dianugerahkan P.G.B.K yang membawa gelaran Datuk ialah Menteri Muda Kemudahan Awam Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pertanian Mong Dagang, ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn, Mejar Jeneral Mazelan Kasap, Brigadier Jeneral Stephen Mundaw dan Temenggung Kanang Langkau.

Bagi anugerah Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu pula didahului oleh Jabidah Monseri daripada Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Mohamed Ali Mohamed Sheriff daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

Sempena Hari Jadi Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Ke-90, turut disampaikan anugerah Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato kepada 13 orang penerima.

Antara penerima, Rhodzariah Bujang, Rugayah Abdul Majid, Janet Lau Ung Hie, Sait@Mohamad Sait Ahmad, Prof Dr Jamil Hamali, Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman, Usop Wahab @Sani Wahap, Alexander Maiyor, Abang Jemat Abang Bujang, Abang Talhata Abang Hazemi, Mohammad Medan Abdullah, Dr Liew Wee Liik dan Koh Yaw Hui.

Sayed Ali Dabier Moghaddam daripada Hitachi Global Storage Technologies pula dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) Kehormat yang membawa gelaran Dato.KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar mendahului senarai penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri dengan gelaran Datuk Amar.

Penerima kedua, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) yang membawa gelaran Dato Sri.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah mendahului senarai lapan orang penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Selain Fatimah, turut dianugerahkan P.G.B.K yang membawa gelaran Datuk ialah Menteri Muda Kemudahan Awam Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pertanian Mong Dagang, ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn, Mejar Jeneral Mazelan Kasap, Brigadier Jeneral Stephen Mundaw dan Temenggung Kanang Langkau.

Bagi anugerah Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu pula didahului oleh Jabidah Monseri daripada Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Mohamed Ali Mohamed Sheriff daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

Sempena Hari Jadi Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Ke-90, turut disampaikan anugerah Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato kepada 13 orang penerima.

Antara penerima, Rhodzariah Bujang, Rugayah Abdul Majid, Janet Lau Ung Hie, Sait@Mohamad Sait Ahmad, Prof Dr Jamil Hamali, Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman, Usop Wahab @Sani Wahap, Alexander Maiyor, Abang Jemat Abang Bujang, Abang Talhata Abang Hazemi, Mohammad Medan Abdullah, Dr Liew Wee Liik dan Koh Yaw Hui.

Sayed Ali Dabier Moghaddam daripada Hitachi Global Storage Technologies pula dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) Kehormat yang membawa gelaran Dato.