Site Last Updated 1:16 am, Sunday

Satu enakmen definisi anak negeri akan dikemukakan

by YAP SIONG HAN, sionghan_yap@yahoo.com. Posted on September 24, 2011, Saturday

CENDERA KENANGAN...Pengerusi Biro Perundangan dan Hal Ehwal Tanah Upko, Datuk Maijol Mahap (kiri) menyerahkan cendera kenangan kepada Hajiji sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung Upko, Datuk Wilfred Madius Tangau (kanan)

KOTA KINABALU: Suatu enakmen bagi takrifan ‘anak negeri’ hampir bersedia untuk dikemukakan kepada kerajaan tetapi sama ada ia akan diguna pakai adalah masih tidak jelas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Noor berkata kementerian itu berada peringkat akhir penyediaan rang undang-undang, yang jelas akan menentukan status anak negeri, tetapi masih terdapat beberapa isu-isu yang perlu dijelaskan sebelum ia boleh dibentangkan kepada Kabinet.

“Kami tidak mempunyai apa-apa tempoh masa yang spesifik untuk mengemukakan cadangan, tetapi saya perlu membawa perkara ini ke Kabinet dan barulah boleh membentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lihat apa tindakan selanjutnya oleh kerajaan.

“Tetapi urusan itu kini hampir selesai, kecuali beberapa penyesuaian kecil yang mungkin diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Tanah dan Undang-undang Anak Negeri di sini, pada petang Khamis lalu.

Status Anak Negeri telah menjadi topik perbincangan yang berteruskan dalam kalangan rakyat Sabah kerana ia masalah yang wujud adalah berkaitan dengan kesukaran untuk memohon tanah dan mewarisi tanah-tanah adat.

Tafsiran Ordinan (Takrif Anak Negeri) Bab 64 yang digubal pada tahun 1952 menyediakan empat definisi ‘Anak Negeri’, tetapi definisi ini hanya mentakrifkan syarat-syarat yang melayakan seseorang warga Sabah sebagai anak negeri.

Pada tahun 2003, Jawatankuasa Kajian Etnik Sabah yang terdiri daripada beberapa pertubuhan, termasuk Jabatan Muzium, Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan Mahkamah Anak Negeri telah ditubuhkan untuk membangunkan draf definisi yang lebih jelas dan lebih spesifik.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kerumitan dan sensitiviti dalam Hak Adat di Sabah, takrifan sebenar masih kekal sukar difahami.

“Kami mengambil masa yang begitu lama kerana ini adalah sesuatu yang sangat sensitif. Kita tidak boleh tergesa-gesa membuat keputusan, kerana jika keputusan yang dibuat itu, maka kita akan dimaki hamun oleh anak-anak dan cucu kita. Ini adalah sebab mengapa kita mengambil masa lama, sehingga benar-benar memuaskan hati barulah ia akan dibuat.

“Terdapat banyak perkara yang perlu diteliti, contohnya jika Bumiputera berkahwin dengan bukan Bumiputera, apa yang akan terjadi kepada status anak-anak mereka. Hak-hak harta ibu bapa perlu pergi kepada anak-anak tetapi status anak negeri dan hak-hak khas yang timbul adalah amat sensitif serta rumit. Oleh itu, kita perlu melihat semua isu yang terlibat,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Dewan Undangan Sulaman itu berkata kefahaman yang jelas pada takrif anak negeri adalah mustahak kerana ia boleh menjejaskan hak-hak istimewa orang-orang ‘anak negeri’, terutamanya orang-orang yang tertakluk di bawah Ordinan Tanah Bab 64 .

Mengenai isu berkaitan, beliau berkata terdapat kes-kes yang mana anak negeri menyalahgunakan hak yang diberikan kepada mereka dengan menjual tanah-tanah adat kepada pihak lain.

Dalam sesetengah kes, katanya, pemohon tanah menjual tanah itu walaupun sebelum mereka mendapat geran atau hak milik tanah daripada Jabatan Tanah dan Ukur.

“Ada kes-kes di mana orang menjual resit dan mereka telah memberikan kepada pihak lain yang bukan asli.

“Kami memahami bahawa kebanyakan masyarakat bumiputra tempatan berhadapan dengan masalah ekonomi dan memerlukan penyelesaian kewangan yang cepat, resit ini sebenarnya boleh dijual kepada sesiapa sahaja walaupun yang sebenarnya ia tidak boleh dijual,” katanya sambil menambah bahawa langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani isu itu.

Beliau berkata, untuk memperbaiki lagi pentadbiran tanah di Sabah, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Sistem Maklumat Tanah Negeri Sabah (SALIS),  yang mana Bank Tanah adat akan ditubuhkan untuk membolehkan tanah-tanah adat yang dibangunkan melalui agensi-agensi kerajaan.

“Ini masih dalam kajian, Ia adalah perlu supaya pemiliknya tidak menjual tanah kepada pihak-pihak yang tidak diketahui, masyarakat tempatan boleh menjual tanah mereka kepada agensi-agensi dan memastikan mereka kekal selamat,” tambahnya.

 

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.