Anugerah hasil sumbangan wanita, kata Fatimah

0

KUCHING: Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Fatimah Abdullah semalam menerima anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran ‘Datuk’ menyuarakan bahawa anugerah tersebut merupakan hasil sumbangan wanita di  negeri ini.

TAHNIAH: Fatimah bersama suaminya Datu Dr Adi Badiozaman Tuah melihat darjah kebesaran yang telah diterimanya semalam.

Beliau berkata, anugerah tersebut menunjukkan kaum wanita mampu memberi sumbangan yang besar kepada ne-geri mahupun negara.

“Bagi pihak wanita negeri Sarawak saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ayahanda Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan kerajaan negeri atas pengurniaan darjah ini.

“Ia bukan kepada saya sahaja tetapi juga wanita-wanita lain yang merupakan peng-iktirafan kerajaan negeri ke-pada sumbangan wanita sama ada dalam bidang politik, sosial mahupun ekonomi,” kata-nya ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Pada masa yang sama Fatimah memberitahu bahawa wanita Sarawak mempunyai semangat yang tinggi untuk bersama-sama kaum lelaki bagi menyumbangkan tenaga mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing demi kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan bangsa dan negara.

Sementara itu, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais yang turut menerima darjah yang sama berkata, anugerah itu adalah untuk semua rakyat khasnya di kawasan Simunjan.

“Saya rasa amat gembira atas anugerah ini, ia sebagai satu penghormatan bukan sahaja untuk diri saya sendiri tetapi juga untuk rakyat di kawasan Simunjan terutama penyokong-penyokong saya yang telah banyak bekerja keras selama ini,” katanya.

Manakala Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Datuk Mong Dagang mem-beritahu, anugerah tersebut merupakan sesuatu yang tidak dijangka.

“Ia (anugerah) sangat me-ngejutkan saya dan ini juga adalah untuk rakyat di Bukit Begunan yang banyak menyo-kong Barisan Nasional.

“Dengan kepercayaan ini saya akan bekerja lebih keras lagi terutama kepada rakyat di negeri ini amnya,” katanya.

Dalam majlis penganugerahan itu semalam, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar mendahului senarai penerima dengan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’ yang disampaikan oleh Tun Salahuddin.

Manakala penerima kedua, ADUN Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud menerima darjah kebesaran ‘Panglima Negara Bintang Sarawak’ yang membawa gelaran ‘Dato Sri’.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Fatimah Abdullah mendahului senarai lapan orang penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Diikuti Menteri Muda Kemudahan Awam Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pertanian Mong Dagang, ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn, Mejar Jeneral Mazelan Kasap, Brigadier Jeneral Stephen Mundaw dan Temenggung Kanang Langkau.

Bagi anugerah Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu pula didahului oleh Jabidah Monseri daripada Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Moha-med Ali Mohamed Sheriff daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

Anugerah Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato kepada 13 penerima.

Antara penerima, Rhodzariah Bujang, Rugayah Abdul Majid, Janet Lau Ung Hie, Sait@Mohamad Sait Ahmad, Prof Dr Jamil Hamali, Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman, Usop Wahab @Sani Wahap, Alexander Maiyor, Abang Jemat Abang Bujang, Abang Talhata Abang Hazemi, Mohammad Medan Abdullah, Dr Liew Wee Liik dan Koh Yaw Hui.

Sayed Ali Dabier Moghaddam daripada Hitachi Global Storage Technologies pula dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sara-wak (P.S.B.S) Kehormat yang membawa gelaran Dato.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan tetamu kehormat lain.