Dugaan besar buat Siti, Gilbert

0

TETAP CERIA: Siti Haniza bersama ibunya.

Keluarga tabah hadapi cabaran untuk membesarkan anak yang menghidap kanser

TABAH: Lai menunjukkan parut kesan bedah di perut Gilbert.

KUCHING: Ketika remaja lain seusianya menjalani kehidupan yang normal, Siti Haniza, 13, lebih banyak menghabiskan masanya di hospital setelah disahkan menghidap leukemia (AML).

Siti dikesan menghidap penyakit itu ketika baru berusia dua tahun lapan bulan dan sejak itu, kata ibunya, Poniam Sinun, 42, kesihatan anak tunggal perempuannya itu mula merosot.

Lebih menyedihkan, selain leukimia, Siti menghidap asma dan dikategorikan sebagai kanak-kanak kurang upaya.

“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika anak saya disahkan menghidap leukemia. Apa tidaknya, Siti juga dikategori sebagai kanak-kanak terencat akal (sindrom down).

“Namun dengan sokongan suami dan keluarga lain saya teruskan tekad untuk melakukan terbaik untuk Siti. Semangat saya kembali kuat apabila diperkenalkan kepada Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Sarawak.

“Pertubuhan itu telah banyak memberi sokongan moral kepada kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui semalam.

Poniam dan Siti antara ke-luarga serta pesakit kanser yang mendapat khidmat daripada Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS) dan menghadiri Majlis Peletakan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat pertubuhan itu di Taman Desa Wira di sini semalam.

Majlis disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.

Beliau menambah, bebannya berganda selepas suami-nya meninggal dunia seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu ke-rana sakit jantung.

Kini, Poniam bergantung harapan kepada abang sulungnya yang tiada pekerjaan tetap lebih-lebih lagi selepas bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dihentikan beberapa tahun lalu sebaik anak sulungnya berumur 18 tahun.

Meneruskan ceritanya, Poniam memberitahu Siti ter-paksa menjalani pembedahan tulang sumsum dan membuang tisu yang rosak pada otaknya pada 2004 serta menjalani beberapa siri kemoterapi.

Kini Siti, menurutnya, le-bih aktif berbanding sebelum menjalani pembedahan ter-sebut biarpun sering kali di-serang asma dan batuk kerana anak perempuan tunggalnya itu turut menghadapi mas-alah tiriod.

“Disebabkan tiriod, Siti juga sering deman dan batuk,” katanya.

Biarpun tidak normal seperti remaja seusianya Siti tetap mahu melangkah ke bangku sekolah dan ibunya tiada pilihan melainkan menghantar anak bongsunya itu ke sekolah khas di Jalan Bako, di sini.

Sebelum ini, Siti dihantar ke sekolah khas berhampiran kampungnya iaitu Kampung Sri Arjuna, Batu 11, Jalan Penrissen Lama, dekat ini, tetapi ibunya terpaksa memindahkan anak kesayangannya itu ke sekolah khas lain setelah Siti diserang kanak-kanak lain di sekolah berkenaan.

“Saya tiada pilihan melainkan hantar Siti ke Sekolah Khas di Jalan Bako dan setiap hari dia perlu bertolak seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah,” kata Poniam.

Sementara itu, bagi pasangan Lai Kin Man, 44, dan Jeffrey Nyabong, 40, mempunyai anak kecil yang baru berusia enam tahun menghidap kanser perut (CAS Tumor), pastinya tamparan hebat buat mereka.

Biarpun telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perutnya, Gilbert Jeffrey tetap aktif dan lincah seperti kanak-kanak normal lain.

Menurut bapanya, Jeffrey sering deman disebabkan kesan penyakit dialamimya dan disebabkan itu juga, dia tidak dihantar ke prasekolah kerana bimbang dengan tahap kesihatan anaknya yang tidak menentu itu.

Bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan sekitar RM600 sebelum Jeffrey dan isteri yang kini menentap di Desa Wira memberitahu, hampir separuh daripada gajinya digunakan untuk membiayai kos menghantar anaknya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan.

“Nasib baik kami hanya perlu membayar yuran pendaftaran RM5 dan ubat-ubatan diberi percuma,” katanya sambil menambah sebulan sahaja beliau dan isteri terpaksa membawa anaknya ke hospital empat lima kali.

Jeffrey memberitahu biarpun anak sulungnya itu telah menjalani pembedahan membuang tumor di perutnya dia masih perlu mengambil ubat khas.

“Saya difahamkan oleh doktor dia mungkin perlu menjalani pembedahan kedua, jika tumor pada perut ada lagi. Ketika ini dia (Gilbert) dalam pengawasan doktor,” jelasnya.

TETAP CERIA: Siti Haniza, 13 bersama ibunya ketika ditemui semalam.

TABAH: Lai menunjukkan parut kesan bedah di perut Gilbert ketika ditemui semalam.