Marudi kembali sepi menjadi pekan ‘koboi’

0

SUNYI: Pekan Marudi kembali sepi dan lengang, tidak ubah seperti pekan ‘koboi’.

MARUDI: Sejak empat dan lima hari lalu, pekan ini yang dibanjiri ribuan pengunjung yang datang untuk menyaksikan pesta lumba perahu atau Regata Baram, kini kembali sepi menjadi sebuah pekan ‘koboi’.

Beberapa hari lalu, pengunjung yang datang ke pekan ini ternyata telah mencatatkan sejarah tersendiri yang menyaksikan paling ramai orang datang ke Marudi sejak 50 tahun lalu untuk menyaksikan lumba perahu tertua di Sarawak itu.

Dianggarkan lebih 20,000 pengunjung membanjiri pekan ini yang menyaksi- kan semua hotel, rumah penginapan termasuk rumah-rumah panjang di sekitar pekan Marudi penuh dengan orang ramai yang datang menginap.

Tidak cukup dengan itu, ruang pejabat, malah kawasan letak kereta dan padang-padang apa jua ruang terbuka di pekan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengunjung sebagai tempat penginapan dengan mendirikan khemah-khemah kediaman sementara.

Namun sejak Regata Baram berakhir petang Ahad lalu, pekan Marudi yang jarang dikunjungi ini, kembali sepi seperti sedia kala.

Sejurus keberangkatan balik Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tepat jam 1.00 petang Ahad lalu, me-ninggalkan pekan Marudi, selepas menyaksikan Regata Baram, para pengunjung pula mulai beredar untuk pulang ke destinasi masing-ma-sing.

Ternyata kehadiran ba- ginda Sultan Brunei telah menjadi salah satu daya tarikan kepada pengunjung untuk datang menyaksikan Regata Baram tahun ini dan sebagai tanda sokongan me-reka terhadap kehadiran beliau.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati dibeberapa lokasi yang sering sibuk selama pesta tersebut berlangsung kembali lenggang, dengan jalan-jalan raya semakin mudah dilalui oleh kenderaan.

Seperti biasa, hanya longokkan sampah-sarap di merata-rata tempat yang ditinggalkan oleh orang ramai setiap kali habis pesta dan ini pastinya menambahkan tugas-tugas pekerja Majlis Da-erah Baram.

Malah semua pondok yang sebelum ini didirikan untuk menjual pelbagai barangan dan menjadi tapak ekspo per-dagangan mulai diroboh- kan satu-persatu sejak Isnin lalu.

Ramai penduduk di pekan ini pastinya menunggu kemeriahan dan sejarah kegemila-ngan Regata Baram 2011 ber-ulang kembali tiga tahun kemudian, di mana acara regata seterusnya hanya akan di-adakan pada 2014.