Dibelasah gara-gara mahu lerai pergaduhan

0

KUCHING: Niat murni tiga lelaki yang mahu menyuraikan pergaduhan dua kumpulan akhirnya memakan diri apabila mereka menjadi mangsa serangan pula.

Insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 4 pagi di sebuah pusat hiburan yang terletak di Batu Tiga di sini.

Ketiga-tiga mangsa berusia awal 30-an cedera di beberapa bahagian badan selepas diserang oleh dua kumpulan terbabit.

Ketiga-tiga mereka kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan lanjut.

Dalam pada itu, sepasukan anggota polis bergegas ke pusat hiburan itu selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Kes masih dalam siasatan polis.