Site Last Updated 12:20 pm, Thursday

Tiada alasan untuk ibu bapa tidak sekolahkan anak-anak

Posted on October 17, 2011, Monday

TERIMA KASIH: Abu Seman menerima cenderamata daripada Jamil (kiri) sambil diperhatikan (dari kanan), Crossley serta Sidek.

BALINGIAN: Tiada lagi alasan untuk ibu bapa tidak menyekolahkan anak-anak selepas kerajaan melupuskan yuran persekolahan menerusi Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie menegaskan demikian semasa berucap dalam Majlis Perjumpaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaaan (SK) Parish, di sini baru-baru ini

Sehubungan itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri itu menasihati ibu bapa agar mengamalkan tabiat menabung untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak di sebalik pelbagai bantuan yang dihulurkan kerajaan.

“Kerajaan menyediakan pendidikan percuma di peringkat sekolah. Tidak cukup dengan itu kerajaan mewujudkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) demi membantu rakyat berpendapatan rendah menyekolahkan anak-anak.

“Sementara itu, di peringkat pengajian tinggi kerajaan menyediakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membantu pelajar mendapatkan bantuan biasiswa mahupun pinjaman,” jelasnya.

Pada masa sama, Abu Seman menyeru ibu bapa supaya tidak meminggirkan aspek kerohanian dalam mendidik anak-anak untuk memastikan mereka tampil seimbang bersesuaian dengan permintaan pasaran kerja semasa.

“Pasaran kerja semasa menuntut modal insan yang berpengetahuan luas dari segi akademik mahupun vokasional.

“Harus diingat, penerimaan seseorang untuk mengisi sesuatu kekosongan jawatan turut dipengaruhi faktor lain.

“Antara faktor itu ialah penampilan, perwatakan dan keaktifan dalam aktiviti kemasyarakatan.

“Justeru, faktor penarik serta penolak ini tidak boleh diambil ringan oleh seseorang pencari kerja,” tambahnya.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pentadbir Pejabat Daerah Kecil Balingian Crossley Hilary Sering, wakil Guru Besar SK Parish Sidek Kumeng, Pengerusi PIBG SK Parish Jamil Paee, Penghulu Shahdan Shahari dan Penghulu Wee Kee Chuan.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.