Projek Perintis Pendidikan Kepenggunaan Sekolah Rendah Ahad ini

0

SARIKEI: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Sarikei akan menganjurkan Projek Perintis Pendidikan Kepenggunaan Sekolah Rendah.

Program ini akan dianjurkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Amin, Binta- ngor pada 23 Oktober (Ahad) ini.

Mesyuarat pasca kabinet pada 5 Januari 2011 lepas telah memutuskan supaya diberi tumpuan kepada murid sekolah rendah tentang perkara yang berkaitan dengan ke-penggunaan iaitu melalui pelaksanakan program dan aktiviti pendidikan kepenggunaan yang bersesuaian de-ngan lingkungan umur me-reka.

Bagi memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, projek berkenaan akan dilaksanakan di enam sekolah rendah iaitu SK Dato’ Hashim (2), Pengkalan Chepa Kelantan, SK Bukit Goh, Kuantan Pahang, SK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Klebang, Chemor Perak, SJK Cina Hwa Shiong Putatan, Kota Kinabalu Sabah dan SK Abang Amin, Bintangor Sarawak.

Obejktif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan memupuk kesedaran kepenggunaan di kalangan murid sekolah rendah dan menilai keberkesanan program dan aktiviti pendidikan kepenggunaan sekolah rendah yang dijalankan bagi tujuan penambahbaikan dalam sistem yang berkaitan dengan kepenggunaan.

Pelaksanaan projek akan diterajui oleh PPDNKK Ne-geri yang terlibat.

Tempoh pelaksanaan projek ialah selama enam bulan iaitu dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2011.

Dalam tempoh tersebut, PPDNKK Negeri perlu melaksanakan sekurang-kurangnya dua program atau aktiviti pendidikan kepenggunaan pada setiap bulan me-libatkan murid sekolah rendah.

Program dan aktiviti pendidikan kepenggunaan yang dijalankan akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek seperti lapan hak pengguna, tiga modul iaitu pemakanan seimbang, pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan kewangan, edaran maklumat kepenggunaan, sudut pengguna dan explorace peng- guna.

Penilaian keberkesanan projek akan dijalankan oleh Bahagian Gerakan Kepeng-gunaan KPDNKK dengan kerjasama PPDNKK Negeri yang terlibat.

Kumpulan sasaran bagi program ini ialah murid sekolah rendah dari Tahun Empat hingga Enam yang menganggarkan jumlah peserta pada setiap program seramai 50 hingga 100 orang.

Bagi majlis penutupan program ini nanti, tetamu kehormat yang akan dijemput bagi menyempurnakan majlis ini pada jam 10.30 pagi Ahad ini ialah Ahli Parlimen Sarikei Ding Kuong Hiing.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah menghubungi Pejabat PPDNKK Sarikei di talian 084 651297.