SMK Nanga Dap anjur Pesta Sukan PIBG, 28-30 Oktober

0

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nanga Dap, Kanowit akan menganjurkan Pesta Sukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada 28 hingga 30 Oktober ini di sekolah itu.

Sempena pesta itu pelbagai acara dan program akan dianjurkan, antaranya pertandingan bola sepak, sepak takraw, bola tampar dan sukaneka.

Selain itu, turut diadakan juga pertandingan karoake, persembahan penyanyi popular Iban yang diiringi dengan ‘live band’.

Justeru, orang ramai yang tinggal di sekitar Nanga Dap diminta hadir beramai-ramai bagi memeriahkan pesta itu kelak yang diadakan buat julung kalinya.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pesta itu, sila hubungi Cikgu Etam di talian 019-8760503 atau 084-755196.