Dua beradik mangsa lemas dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak

0

KUCHING: Dua adik-beradik dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) malam Sabtu lepas selepas berjaya disela­matkan ketika hampir lemas di sebuah kolam renang pusat peranginan di Sematan.

Mangsa Glazien Dinnis, 12, dan Glacynthia Dinnis berasal dari Serian dilaporkan dalam keadaan yang kritikal.

Menurut ibu mangsa, tiga adik-beradik termasuk kedua-dua mangsa dikatakan mengikut nenek mereka ke kolam renang tersebut selepas mereka tiba di pusat peranginan itu sekitar jam 1 petang (Sabtu).

Justeru dia (ibu mangsa) yang tidak bersama dengan anak-anaknya ketika kejadian terkejut selepas dimaklumkan perkara tersebut.

Dia juga percaya, anak bang­sunya adalah orang pertama yang menyedari perkara terse­but dan cuba meminta perto­longan daripada orang ramai yang berada di kolam renang tersebut.

Bagaimanapun, tiada yang mengambil endah perkara tersebut sehingga nenek mang­sa menjerit meminta perto­longan.

Menyedari perkara tersebut, kakitangan pusat peranginan segera menyelamatkan kedua-dua mangsa.

Kedua-dua mangsa pada mu­lanya telah dihantar ke Hospital Lundu sebelum dipindahkan ke HUS.

Polis masih menyiasat ber­hubung kejadian.