Monday, March 1

Taib lancar logo rasmi Yayasan Perpaduan Sarawak

0

LANCAR: Taib melihat logo rasmi Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) yang baru dilancarkan di pejabatnya, Tingkat 22, Bangunan Wisma Bapa Malaysia di Kuching semalam. Turut kelihatan Jabu (kanan).

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam melancarkan logo rasmi Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS).

Pelancaran logo tersebut telah diadakan dalam satu majlis ringkas di pejabat Ketua Menteri di Tingkat 22, Bangunan Wisma Bapa Malaysia di sini.

Logo rasmi YPS merupakan hasil rekaan pelajar The One Academy Kuala Lumpur dari Miri, Ellie Yong selepas memenangi Pertandingan Reka Cipta Logo YPS awal tahun ini.

Menampilkan imej belia pelbagai latar belakang etnik, peralatan muzik dan elemen etnik yang lain, logo ini melambangkan semangat kesatuan dan harmoni di kalangan rakyat Sarawak.

Penggunaan perkataan ‘Unity’ pada gendang yang me-wakili tema organisasi mempromosikan kesatuan mana-kala kepelbagaian kaum menggambarkan kemahuan untuk bersatu.

Mengenai pertandingan tersebut, ia telah diadakan dari 3 Mac hingga 31 Mei 2011 dan menerima 130 penyertaan daripada belia Sarawak ber-umur antara 16 hingga 25 tahun.

Tiga penyertaan terbaik daripada lapan penyertaan yang disenarai pendek telah dipilih oleh pengerusi Lembaga Amanah YPS.

Pemenang pertama, Ellie, menerima hadiah wang tunai RM3,000, manakala pemenang kedua Tang Sing Moi dan ketiga Muhammad Mateen Poster masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000.

Dalam pada itu pertandingan berkenaan merupakan aktiviti pertama yang dilaksanakan di bawah program ‘Sarawak Youth for Unity Year’ yang dilancarkan oleh Ketua Menteri pada 18 Januari lepas.

Hadiah kepada finalis dan pemenang telah disampaikan oleh Taib semalam dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Yayasan Perpaduan Sarawak merupakan organisasi bukan mencari keuntungan yang bermatlamat untuk mempromosi, menyokong dan memper-kukuhkan semangat kesatuan dan harmoni yang dinikmati oleh rakyat Sarawak.

Antara acara lain yang bakal dilaksanakan di bawah ‘Sara-wak Youth for Unity Year’ ialah Forum Antara Budaya Belia, Dialog bersama Belia Sarawak, Siri Ceramah Ke- satuan, Pertandingan Filem Pendek dan Persidangan Budaya Belia Antarabangsa.