400 pelajar Swinburne terima ijazah dan diploma

KONVOKESYEN: (Dari kiri) Taib, Adenan dan Cohen pada Majlis Konvokesyen Swinburne University of Technology Kampus Sarawak di Kuching, semalam.

KUCHING: Swinburne University of Technology Kampus Sarawak mengadakan majlis konvokesyennya yang kelapan semalam dengan seramai 400 pelajar menerima skrol masing-masing.

Graduan universiti itu kali ini terdiri daripada 367 lepasan ijazah sarjana muda manakala 33 lagi lepasan program diploma.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selaku pro canselor universiti itu hadir menyampaikan skol ke-pada para graduan.

Pada majlis sama 15 pelajar menerima anugerah khas yang didahului Jeremy Chia Wei Liang, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Robotik dan Mekatronik) sebagai penerima Anugerah Graduan Cemerlang Sarawak daripada Yayasan Sarawak.

Ronnie Johan Iswandy @ George graduan Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Elek-trik dan Elektronik) pula dinobat sebagai penerima Anugerah Galakan Bumiputera juga daripada Yayasan Sarawak.

Anugerah tersebut telah di-sampaikan oleh Pengerusi Majlis Swinburne University of Technology Kampus Sara-wak yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sambil disaksikan oleh Taib.

Manakala 13 lagi penerima lain menerima anugerah khas daripada Sarawak Information System Sdn Bhd, Ernst & Young, KPMG Tax Services Sdn Bhd, CPA Australia, Cahya Mata Sarawak Berhad, Sarawak Energy Berhad, Sarawak Aluminium Company dan Naim Land Sdn Bhd.

Sementara itu Taib dalam perutusannya dalam buku program majlis konvokesyen berkenaan, yakin kemahiran dan pengetahuan yang di- miliki graduan universiti ber-kenaan akan memberi kelebihan kepada mereka bersaing dalam pasaran pekerjaan domestik serta luar negara.

Kerajaan katanya mengalu-alukan penyertaan pelajar dalam sektor tenaga kerja di negeri ini.

“Saya yakin kita (kerajaan negeri) akan mendapat banyak manfaat daripada sumbangan anda nanti lebih-lebih lagi dalam pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), satu inisiatif untuk membangun-kan wilayah tengah Sarawak seterusnya menjadikan Sara-wak negeri maju menjelang 2020,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kanan Tan Sri James Masing, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Penge-rusi Swinburne Sarawak Sdn Bhd yang juga Setiausaha Ke-rajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Canselor Swinburne University of Techno-logy Ben Cohen.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of