Guru nyaris ditelan sungai

6

RUNTUH: Keadaan tebing yang runtuh dan meranapkan dapur dan bilik mandi kuarters guru SK Nanga Kua. — Gambar ihsan Amirul Shazuan

Tiga guru lelaki SK Nanga Kua terselamat selepas belakang kuarters mereka runtuh

MAUH: Bina kuarters baru.

TERSELAMAT: Haliff Irwan Hassan.

SIBU: Tiga guru lelaki SK Nanga Kua di Selangau, nyaris ditelan sungai selepas baha-gian belakang kuarters yang didiami mereka runtuh pada malam Isnin lepas.

Salah seorang guru terbabit, Haliff Irwan Hassan, 28, ketika ditemui Utusan Borneo semalam berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.15 malam.

Katanya, semasa kejadian beliau serta dua orang rakannya sudah masuk ke bilik tidur masing-masing.

“Semasa berada di dalam bilik, saya terdengar bunyi yang mencurigakan di bahagian belakang rumah sebelum memaklumkannya kepada rakan yang lain.

“Belum sempat mengetahui lanjut apa yang sedang ber- laku, bahagian belakang rumah kami yang menempatkan tempat memasak serta bilik mandi dan tandas pun runtuh,” ujar beliau.

Menurut Haliff, beliau antara yang paling bernasib baik kerana sejam sebelum kejadian beliau menggunakan bilik air untuk mencuci pakaian.

Haliff yang berasal dari Johor dan telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tiga tahun lalu menjelaskan, petanda kawasan berkenaan sudah tidak selamat sudah mula dikesan sejak Sabtu lalu.

Jelas beliau, kerana bimbang air Sungai Kua semakin naik, beliau serta yang lain bertindak memindahkan tangki air ke kawasan tinggi.

Difahamkan, hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah meng-akibatkan Sungai Kua yang terletak di belakang kuarters guru semakin naik dan deras se- hingga menyebabkan berlaku-nya hakisan tanah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh ketika ditemui semalam menjelaskan, beliau bersama Pegawai Daerah Wan Akil Wan Muhamad Bujang serta Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Selangau Limok Shem telah melawat tempat kejadian.

“Hasil daripada lawatan tersebut, saya telah meminta PPD (Pegawai Pelajaran Daerah) membincangkan perkara tersebut dengan pihak Pejabat Pelajaran Sibu.

“Saya juga, akan berbincang mengenai peruntukan yang diperlukan dengan pihak Kementerian Pelajaran supaya kuarters guru yang baru dapat dibina,” ujar beliau yang pernah menjadi guru besar di se- kolah berkenaan dari 1978 hingga 1982.

Mauh memberitahu, be- liau mencadangkan supaya ke-semua kuarters guru di tebi- ngan Sungai Kua dirobohkan dan dipindahkan ke kawasan lapang berdekatan dengan pin-tu masuk ke sekolah berke- naan.

Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga bersetuju untuk membina kuarters baru secara gotong-royong, katanya.

Bercakap lanjut, Mauh menjelaskan bahawa isu-isu se- kolah yang berisiko tinggi di- landa banjir dan tanah runtuh di sekitar Tamin pernah dibin-cangkan dalam kabinet sebelum ini.

Empat daripada enam sekolah yang dimaksudkan antaranya ialah SK Nanga Kua, SK Nanga Pelugau, SK St Mark dan SK Nanga Tajam.

Mauh berharap, kerajaan dapat memberi perhatian lebih terhadap situasi sekolah ber-kenaan pada Rancangan Malaysia akan datang.

Belum sempat mengetahui lanjut apa yang sedang berlaku, bahagian belakang rumah kami yang menempatkan tempat memasak serta bilik mandi dan tandas telah pun runtuh. Haliff Irwan Hassan Guru SK Nanga Kua