Miss Borneo Beautiful 2011

1

Princess Alma Ridi

Butir peribadi

Nama : Princess Alma Ridi

Umur : 20 tahun

Tempat asal : Miri

Pendidikan : Pelajar tahun kedua di Universiti Edith Cowan, Perth, Australia [Bachelor Perniagaan (Perakaunan)

Pekerjaan : Pelajar

Hobi : Meluangkan masa bersama ahli-ahli keluarga dan kawan- kawan, melayari Internet dan menari.

Impian : Dinobatkan sebagai Miss Borneo Beautiful 2011.

Makanan kegemaran : Masakan Malaysia

Muzik Kegemaran : Reggae, pop, latin dan R&B

Falsafah : Semua serba mungkin dengan restu Tuhan.

 

1) Apa yang anda suka tentang kerja/pendidikan anda?

Saya seronok dengan setiap masa yang dimiliki sebagai seorang pelajar. Saya bertuah kerana berpeluang belajar di luar negara, syukur kepada Tuhan dan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga saya. Ia satu pengalaman yang sukar digambarkan. Sebagai sebuah universiti yang mempertemukan pelbagai budaya, saya bertemu dengan rakan-rakan baru, dan bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan sekuliah dari seluruh dunia. Ia memberi ruang untuk menambah pengalaman dan mengembangkan prospek intelektual, budaya dan sosial.

 

2) Apakah persediaan yang anda lakukan menjelang Miss Borneo Beautiful 2011 pada November ini?

Mula-mula saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Alaric Soh kerana memberi peluang menakjubkan ini sebagai peserta Miss Borneo Beautiful 2011. Saya secara konsisten mencantikkan tubuh dan membina keyakinan dan rasa bangga diri. Pada masa ini kami (peserta akhir Miss Borneo Beatiful 2011) menjalani program pembangunan kemahiran intensif menjelang gelaran Beauty Queen. Program ini merangkumi persembahan pentas, titi samping (catwalk), hubungan media, peningkatan kosmetik dan teknik temu ramah. Selain itu saya belajar sendiri untuk mengetahui bagaimana industri ini berfungsi dengan membaca buku motivasi, artikel dan panduan. Saya mengambil langkah demi langkah dan beroleh kemajuan memberangsangkan.

 

3) Apakah sifat-sifat istimewa yang ada pada seorang pemenang Miss Borneo Beautiful?

Saya percayakan ‘cantik berserta akal’. Sebagai Miss Borneo Beautiful 2011, personaliti seseorang itu wajar selari dengan tarikan fizikalnya. Ia bukan sekadar gelaran tetapi akan menjadi contoh untuk dijadikan teladan oleh orang lain dan masyarakat dengan pencapaiannya.

 

4) Apakah pesanan anda kepada peserta-peserta lain?

Saya mengucapkan tahniah kepada semua finalis Miss Borneo Beautiful dan semoga maju jaya. Berseronoklah.

 

5) Apakah kemahiran atau bakat anda yang dirasai paling menonjolkan diri anda dalam pertandingan ini?

Menjadi diri saya sendiri dan gigih.

 

6) Makna kemenangan Miss Borneo Beautiful 2011?

Ia satu pencapaian. Ia berkaitan keterujaan tentang kecantikan berserta dengan akal fikiran.

 

7) Siapakah sumber inspirasi anda dalam hidup?

Keluarga saya, ibu bapa saya merupakan pengaruh besar dalam hidup saya. Tanpa sokongan dan kasih sayang mereka, saya tidak akan menjadi antara 18 orang finalis.

 

8) Apa yang istimewa tentang tempat asal anda?

Saya dilahirkan di Miri tetapi dibesarkan di Kuching. Dua bandar raya ini adalah istimewa bagi saya. Miri merupakan bandar raya kedua terbesar di Sarawak. Miri terkenal dengan industri petroleum, yang kekal sehingga kini dan sejak kebelakangan ini terkenal dengan terumbu karang dan pelancongan seperti Mulu dan Niah dan Taman Negara Loagan Bunut.